h1.title { .header:hover { padding-left:160px; -webkit-transition: 2s; -moz-transform: rotate(360deg); -webkit-transform: rotate(360deg); opacity:.01; }

Thursday, 29 December 2011

30 dis 2011

Hello guys! Dah beberapa hari aku jadi macam ni kan. Susah aku nak lelap kan mata aku ni untuk tidur.:( Seperti orang yang tak tentu arah pun ada. Err, tatau lah kenapa kan. Untung lah pemilik kedai yang aku pergi tu, beli makanan sedap mana pun aku makan tak habis juga. Lagi membazir kan duot ada lah kan. Haha! 3hari turut2 aku tak makan nasi, kena pulak malam ni aku selsema. Haihh! Memang best la kan. Okay tak apa! Aku akan kuat kan semangat aku untuk terus kan hidup ni walau pun aku masih bingung apa yang berlaku pada diri aku. Untuk si dia juga, aku tak kisah la kalau kau nak kawan dengan aku ke tak nak. Aku tak mengharap kan lagi, cukup lah selama ni aku dah buat yabg terbaik untuk diri dia kan. Tapi aku masih gagal juga untuk memikat hati nya. Aku tak mampu lagi nak bahagia kan dia kalau dia dah bahagia dengan orang lain. Aku redha. Macam mana pun aku still tak boleh lupa kan dia. Hanya kat sini saja lah tempat aku untuk luah kan semua ni, aku tak mampu nak luah kan di facebook. Biar lah kat situ tempat aku melepas kan geram aku. Selalu jugak lah aku usha facebook kau bila aku online. Kadang2 terasa juga lah dengan ayat kau kan. Okay! Aku masih boleh sabar lagi dengan kau. Biar lah kau yang buat aku jadi macam ni, asal kan aku tengok kau happy. Aku tak mampu nak balas balik semua ni, yang aku mampu hanya lah bersabar. Kalau kau dah benci kan aku pun, apa aku boleh buat kan. Aku menunggu hari2 yang akan tiba, tapi tak mungkin kau akan jadi milik aku seperti dulu. Tak mungkin kau ingin kan aku lagi. Aku akan berusaha untuk tempuhi hari2 yang akan datang bagi ku. Aku akan tabah kan hati ni dengan semua cabaran yang akan melanda. Hati aku yang merindui kau, hanya aku seorang saja yang tahu and akan merasai. Tak perlu lah orang lain yang mengetahui kan. :)
I love you.:'(

Wednesday, 28 December 2011

For you hubby :'(

Nasib aku malang buat kali ke-2 dengan pencinta lelaki yang tak guna. Haha! Memang best lah kan ayat aku. Agak macam sial sikit lah. Thanks sebab kau buat aku macam ni, selama ni aku dah cukup baik dengan kau. Tapi ini yang aku dapat daripada kau. Wahai sang lelaki! Apa lah yang kau nak sangat dari aku ni haa, aku tau lah aku tak perfect macam gadis2 lain. Tapi kenapa kau sanggip buat aku macam ni, tergamak nya kau mendua kan aku tanpa aku sedari. Belakang aku pulak tu kau buat macam tu. Masih lagi tak nak mengaku kat aku kan. Fine! Aku tak kisah and tak nak paksa kau untuk mengaku dalam hal ni. Selama ni kau bagi 1001 alasan kat aku kan yang kau busy dengan kerja kau. Tapi apa yang kau dah buat, kau couple dengan si yien dalam diam2 dekat sebulan, kau pergi party dengan dia berkepit amik gambar sama2. Sumpah memang aku tak tau nak kata apa lagi. Aku memang sayang kan kau walau pun kau dah tak ada dalam hidup aku. Aku selalu terbayang2 kan kau, ingat kan kau. Tapi aku memang sedih sebab kau sanggup buat semua ini kat aku. Mana kata2 kau dulu yang kau janji kan yang kau ni setia, tak akan jadi macam dulu. Andai kata dari mula aku tahu siapa diri kau, aku tak kan kenal dengan kau seumur hidup aku. Bila ada nya sifat benci kat diri kau lah yang membuat kan aku sayang kat kau. Kau? Ada ke buat macam tu kat aku, ada ke kau sayang aku, kau hanya main kan perasaan aku ada lah. Aku selalu tertanya2 apa yang kau mahu kan diri aku. Aku tak ada lah sekaya yang kau nak kikis kan duit perempuan kat luar sana, aku tak ada lah secantik mana yang kau idam kan, aku tak ada lah perfect mana pun. Dulu kau jugak yang terhegeh2 kan aku, aku terpaksa layan kau walau pun aku tak suka kau. Ya allah! Sumpah aku cakap memang pedih giler kot hati aku ni. Aku terpaksa redha apa yang dah terjadi. Okay! Mungkin ini satu ujian untuk diri aku. Aku terima dengan seadanya. Selama ni kau tak nampak ada perempuan sayang kan kau, okay lah! Memang aku yang buta. Kalau kau nak main kan perasaan perempuan jangan lah aku yang kau pilih untuk jadi mangsa kau. Lebih baik kau lepas kan aku dari kau buat aku terseksa untuk menyanyagi kau. Aku memang hargai apa yang kau dah buat kat aku selama ni. Aku tak nak kau menyesal nanti. Aku dah buat yang terbaik untuk kau, layan kau dengan baik. Last2 aku yang tak dapat apa, cuma yang aku dapat hanya keperitan hati ni jeh. Kau update kat facebook yang kau terpaksa break. Okay! Orang nak kata aku macam2 aku tak kisah. Yang aku terasa gila bhabi kau boleh cakap itu yang kau impikan. Ya allah! Betapa sakit nya hati aku bila baca status kau. Okay! Aku terima lagi sekali walau pun bertambah perit. Memang niat kau nak game aku kan sebenar nya. Huhh! Aku tak boleh nak kata apa lagi dah. Biar kan jelah air mata ni mengalir dalam hati aku. Aku jeh yang tahu macam mana keadaan sekarang ni walau pun aku terpaksa happy dengan orang sekeliling aku. Aku tak kan menitis kan air mata di sebab kan lelaki macam kau. Tapi aku lemah jugak, aku mengalir kan dalam hati aku yang perit ni. Seriuos aku cakap memang aku tak boleh nak terima yang aku dah break up dengan kau. Aku terpaksa sebab tak tahan dengan perangai kau. Suatu hari nanti kau akan rasa dan tahu macam mana kau kena kan orang lain. Mungkin kau happy sekarang ni dengan hidup baru kau. Aku merana sekali mana pun aku tak kisah. Asal kan orang yang aku sayang tu happy. :) Bubye ahmad ashraf syazwan. :'(



hati yang kau sakiti. aku akan ingat semua ni apa yang terjadi. thanks for everything dear! =)

Friday, 23 December 2011

Ragam budak hostel aku

Hey guys! Aritu baru jeh aku update bloggie story pasal aku study masuk tempat baru kan. Okay, arini pulak aku nak update bloggie aku ni story pasal budak2 hostel aku. Boleh laa aku kongsi kan sikit2 ngan readers bloggie aku ni kan. If korang tanak baca pun aku tak kesah! Up to you lah readers. Blog aku, suka hati aku lah nak buat apa pun. Haha! :) Mula2 sekali aku nak cerita kan masa aku kenal ngan budak2 ni. First2 baru masuk memang lah rasa macam malu nak bertegur ngan budak2 ni. Hmm, tatau lah kenapa yerk. ~,~ Aku berani kan diri ni untuk bertegur jugak walau pun dalam hati aku menyata kan dorang ni sombong or sebagai nya. Alhamdulillah. Budak2 hostel aku semua okay2 jeh. Tapi macam biasa lah kan kalau dorang ada assignment mana nak layan sangat. Tak ape! Aku paham ngan semua tu. :)

Kat dalam hostel aku boleh duduk 8 orang, tapi yang ada sekarang ni baru 6 orang termasuk aku. Lagi 2 katil tu still kosong lagi sebab tade budak baru nak duduk situ kan. Maybe intake yang seterus nya ada lah tu agak nya. Wait and see lah! Haha. Err, katil kat situ ada atas and bawah. Mula2 aku nak jugak amik yang bawah, tapi semua dah full. Nak tanak aku terpaksa lah amik katil yang atas punya. :\ Bawah katil aku tu kak wanie dari klang, dia amik kos perubatan dah masuk sem 2 pun. Orang nya kecik molek jeh. Tapi comel! Hehe. Dia ni selalu busy ngan tugasan lecturer. Its okay lah, macam mana pun dia ada jugak nak bertegur ngan orang. Malah, baik orang nya. :D Kak myra pulak amik kos perubatan juga but, dia dah sem 4. Tak lama lagi habis ler tu. Kak myra ni pun okay jugak orang nya, putih gebu gitu. Boleh kata kan gebu lagi dia dari aku. Hikhik! :P  Sebab dia ni kuat makan juga lah. Asal kan balik class jeh mesti beli makanan sambil tu tengok cerita kat lappy then gelak sorang2. Hmm, aku dah biasa ngan hidup macam tu. So, tak heran sangat derrr! :)

Okay! Sekarang ni pulak budak yang amik kos culinary ada 3 orang dalam bilik aku ni. Semua ni sebaya ngan aku jeh, dari KL jugak budak2 ni. Sorang tu nama dia Mastura orang nya molek jugak laa, putih. Aku suka tengok cara dia, tatau lah kenapa ekk. Dia memang sporting laa bagi aku sebab dia banyak cakap jugak lah lebih kurang macam aku ni. Hehe! "tak over macam aku". Aku ngan mas ni setiap malam beli nasi goreng sama2 then kongsi. Maklum lah nasi goreng pon order jeh kalau nak makan, kebetulan nasi dia banyak. Di sebab kan kitorang tak makan banyak, aku ngan dia pun share lah nasi and duit sekali. Jimat kan! Hokhok. :P  Along? Hahh, kalau tengok badan memang kurus. Tapi sebalik nya kuat makan wokk! Nak share nasi pun pikir 2 kali agak nya. Haha! Along ngan mas ni dah kenal lama sejak dari sekolah rendah, menengah sampai lah ke kolej. Hebat kan dorang! Bukan senang nak carik kawan macam tu belajar sama2. Err, pakwe tade lah same2! :) Jenis along ni cool jeh, kadang2 dia suka buat lawak. Tapi yang paling payah nya kalau dia demam. Susah nak makan! Kitorang risau kan dia sebab dari pagi tak makan, mana tahu kot2 perut masuk angin kan. Pujuk macam mana pun ia tetap tanak jugak. Huhh! Keras kepala betol! ;(

Haa ini pulak satu kes beb! Alia, budak ni stay kat damansara. Hishh! Aku tatau lah apa kes dengan budak si alia tu. Sape duk bilik aku tau lah macam mana perangai dia. Tengok jeh katil dia ada kain cadar, almari ada baju. Tapi orang nya tak ada pun. Hehe! Dia ni selalu tak ada kat hostel, boleh kata kan selama aku duduk situ tak pernah nampak dia tidur situ. Dia just balik pun semata2 angkut pakaian dia then letak baju kotor pastu keluar balik. Hmm, tatau lah budak tu tidur mana. Tanak amik kesah pun aku! Macam2 budak bilik aku bagi tau pasal dia. Tatau lah sama ada mak ngan bapak dia dah bercerai ke, sebab tu anak macam terbiar sikit. Hokhok! "jahat nyeee". Okay laa, itu saje kot yang aku boleh story kan kat korang. Hmm, aku pun nak keluar ni p beli barang. Wee~ Next time if ada story lagi aku update bloggie ni okay. Bubyee readers! Muah muahh muahhh !

Monday, 19 December 2011

First day masuk tempat baru ....

Salam alls! Wahh dah lama aku tak update bloggie kan. Rasa nya rindu pula kat korang. Hehe! Harini aku nak cerita sikit pasal 1st day aku masuk tempat baru. Nak tahu mana? Haha! Kat kolej PTPL shah alam je pon. Hadoihh! Tak kisah lah kan, asal kan aku nak story juga. :) Okay, firstly masa aku sini 15 dec 2011 hari khamis tepat pada pukul 10 minit lebih pagi. Mula2 aku masuk sini memang lah terasa berkobar2 maklum lah nak study tempat baru kan and nak jumpa kawan2 baru dan juga tempat tidur baru. Haha!  Aku pun pergi lah jumpa pegawai kat sini sebab nak settle kan pasal study aku ni. Tengok sekeliling macam best. Yelaa, aku kan new student kan. Mungkin aku tatau lagi macam mana orang2 kat sini. Then aku pun pergi laa hostel susun barang2 aku yang sikit ni. Kihkih! Kata mummy aku setiap minggu balik rumah cuci baju. Aku pun ok saja lah kan.:D  Lepas aku dah susun barang2 ni, aku pun memperkenal kan lah diri aku kat budak2 hostel ni. Hmm, bagi aku ok jelah dorang ni. Dalam bilik aku baru ada 6 orang, 2 orang senior aku then lagi 4 sebaya ngan aku termasuk lah aku neh. Cuma kos jeh lain2.:( Hmm, mungkin tak macam dulu time aku study kat ipoh kan. Kawan kat sini  pun nampak jugak lah baik2, terasa juga matang nya. Hahaha!

Second day 16 dec 2011, hari jumaat. Haihh! Aku rasa diri aku ni macam orang tiada arah tuju lagi. Mungkin aku student baru lagi kan so, tak kenal lah sapa2 lagi. Nasib baik lah kawan dari sekolah aku ada study kat sini, tade lah aku terasa bosan. Pagi tuh aku pergi jumpa mentor aku untuk register subject sebab nak masuk class study. Huhh! Macam2 jugak lah terjadi weh. Pas aku p register ngan Eykin aku p lah admin mintak time table, yang problem nya dorang kata subject yang aku amik tade time table nya. Pulak dah!  Dari situ lah macam orang giler aku ni di buat nya. Lari sini cari orang tu, lari sana cari orang ni. Time tuh dalam hati aku ni macam nak giveup jeh. Terasa nak menangis pun ada. Tapi aku kuat kan semangat aku! Last2 aku malas nak jumpa orang tu. Hehe! Tunggu jelah next week. Sorry Pn.Fisah dengan Pn.Ros.:) Tepat pukul 5 lebih parents aku datang amik aku pulang ke rumah. Memang best giler lah time tuh kan sebab dapat hilang kan bosan ni. Hehe.:p

Kembali lah 18 dec 2011 , pukul 7 malam parents aku hantar aku balik hostel. Dalam hati aku sebenar nya memang tanak balik! Kalau boleh aku nak amik lesen kereta and ulang alik jeh pergi kolej. "kalau mummy aku kasi lah".:( Okay, time tu aku kemas lah barang2 and makanan yang aku bawak ni, banyak jugak lah stok untuk seminggu. Haha! Sudah je kemas aku pun on9 lah facebook sampai malam. Siyes aku cakap memang bosan giler laa weh. Di sebab kan tatau nak buat apa aku pun tidur awal lah jawab nya untuk menanti hari esok. Malam tu aku tidur siyes panas giler kot. Rasa aku nak tidur bawah kipas jeh tarik tilam aku. Tapi nak buat macam mana kan aku kan lambat masuk sini so, aku kena lah pilih katil atas. Nak tanak tidur jugak lah aku macam biasa, memang berpeluh lah time tu. Bila pagi2 tak pulak panas, malah aku nak tarik selimut jeh. Haha! Lumrah hidup beb!:) Nak buat apa lagi kan, standard budak study lah. 

 19 dec 2011 pagi tu aku suruh Fydaa pulak teman kan aku settle kan pasal subject aku ni. Alhamdulillah. Akhir nya settle jugak kan semua ni. Sampai aku nak giveup and rasa nak menangis pun ada. Tapi aku takan bagi tau kat parents aku sume ni, karang tak pasal2 aku pulak kena balik. Hehe!;) Aku jumpa ngan Pn.Siti untuk register subject ngan tanya pasal time table aku. Semua nya lancar jelah bila Pn.Siti cakap pasal itu and ini. Last2 dia bagi aku number phone sorang mamat ni si Khairul so, pape hal aku contact dia saja lah. Maklum lah budak sama kos ngan aku kan, itu pun secara kebetulan saja. Tade lah aku terasa sunyi sebab tade kawan sama kos ngan aku. Nak tanak, aku kena lah call budak Khairul ni tanya pasal esok. Dengan tak malu nya aku, aku suruh budak tu tunggu aku then jalan sama2. Hahaha! Opss! Jangan salah paham pula, itu lah untuk memudah kan aku pergi class. "sebenar nya aku tak bape paham nak pergi class ni". Hohoho! Agak2 handsome tak mamat tu?:D Ishh! Tak kisah lah asal kan dia jadi kawan aku and aku ikut jeh dia pergi class. Wee~ :D

Esok 20 dec 2011 aku ada hari orentasi pukul 8 pagi. Tapi aku ada class pukul 11 pagi tu, aku nak pergi mana satu neh? Hohh! Pening dah kepala. Aku ikot saja lah budak si Khairul tu.  Hahaha! Aku rasa itu saja lah kot yang aku boleh cerita kan selama beberapa hari ni aku berada kat PTPL shah alam. Macam2 aku kena settle kan sorang diri ngan berteman kan kawan2 aku ni. Almaklum lah sebelum ni mak bapak aku ada, bila dah macam ni terjadi pandai lah hidup berdikari sendiri. Ini saja dah macam karangan aku tulis. Kalau ada exam ni memang aku lulus lah kot. Kihkih!:p  Memang susah kan hidup ni. Bak pepatah orang kata "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Betul jugak tu kan? Hidup ni banyak lumrah dan dugaan, aku redha je dengan apa pun berlaku. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian nya kan. Macam mana pun aku akan terus kan hidup kat sini. Alahai, tinggal bape tahun je lagi kan. Okay, itu saje lah. Wasalam...... Smile always :)

Wednesday, 14 December 2011

Kimia...

KIMIA

Aku mula jatuh hati kepada mu,
Setelah kau kata cinta pada ku, 
Masing-masing dulu punya pasangan,
Akhirnya kita bersama.

Pertama kali kita bersua bertentang mata,
Terasa ada kimia di antara kita,
Kau kucupkan pipi ku,
Kau bisikkan cinta mu,

Kau kata beby 'I love you',
Kau cair kan hati ku.

Bahagia ku rasa di saat kita berdua bersama,
Memandang bulan terang,
Menyaksi bintang-bintang,
Kau seru aku lah pelangi cinta mu.


Aku minat lagu ni. Andai kata kalau si dia yang nyanyi kan untuk aku alangkah indah nya saat itu, begitu romantis sekali beb!:) Kenapa lah orang yang kita sayang selalu berjauhan ngan kita. Hmm, mungkin ini semua ada hikmah nya kan. Siapa yang tahu kan? :)  Apa pun aku mengharap sesuatu perkara tu datang dengan indah di kala aku kesunyian. Kalau boleh aku ingin kan semua ini menjadi kenyataan untuk aku pada masa lapang ku bersama dengan si dia. Bercinta memang lah indah kan? Lagi indah jika si dia tu bersama di sisi kita tak kira di mana sahaja. Memang best kottt! Hehe. Apa pun I want say I love you with Ahmad Ashraf Syazwan! :'(



Monday, 12 December 2011

Feeling My Hearts....

Kadang2 tak dapat nak sembunyi kan perasaan ni dekat kau. Entah apa yang aku rasa! First time aku tengok kau hati aku ni memang tak suka kan kau. Aku sendiri tanak kenal dengan diri kau walau pun kau selalu kacau aku. Apa yang kau ingin kan dari aku sebenar nya?  Aku sedar dalam diam2 kau memang menyukai aku kan. Cuma aku saja yang tak perasan. Semakin lama berterusan kau selalu mengekori ku, suka kacau aku. Tapi aku buat tak tau saja dengan sikap kau. Kadang2 aku terfikir jugak kenapa kau suka sangat kacau aku, sedang kan aku anggap kau seorang lelaki yang jahat dan tak layak untuk diri aku. Tapi itu semua hanya lah  firasat aku jeh yang mengata kan diri kau begitu. Mungkin aku tak kenal siapa diri kau sebenar nya. Mungkin jugak aku tatau sikap kau dari segi luaran dan dalaman macam mana. Aku pernah menyata kan yang aku memang tanak mengenali diri kau sejak kita bertemu lagi. Lama kelamaan aku  mengalah juga dengan sikap kau, start dari situ lah aku mula mengenali diri kau yang sebenar nya. Tak ku sangka tak ku duga, kau memang bukan jenis lelaki yang aku fikir kan selama ini. Hakikat nya kau memang baik, cuma dari segi luaran saja yang membuat kan diri kau ni nampak jahat. Maaf kan aku jika selama ini aku dah anggap kau begitu. Bagi aku sebenar nya kau memang lelaki yang baik, cukup sempurna bagi aku, diri kau dan jugak kawan2 kau. Bila aku mengenali diri kau, aku dah mula menyukai kau. Tapi aku malu untuk menyata kan perkara ini pada kau yang aku sudah menyukai kau dalam diam2. Aku takut hati kau sudah di miliki oleh gadis lain yang lebih baik dari diri ku. Suatu hari tu kau telah mengata kan pada ku bahawa kau jugak telah menyukai ku. Ada kah ini mimpi? Atau sekadar gurauan mu saja?  Aku pernah terfikir yang kau memang tidak layak untuk diri aku. Tapi akhir nya kau dah berjaya memikat ku, memiliki hati ku. Aku sedar yang diri aku ni hanya lah insan biasa yang tiada harta, dan juga paras rupa. Aku jugak bukan lah seorang gadis yang sempurna untuk mendapat kan cinta kau.  Aku tak kisah jika seseorang yang dapat menawan hati ku ialah lah bertaraf tinggi. Sebagai seorang wanita dia ingin kan lelaki yang ikhlas mencintai nya dan juga kasih sayang dari nya.  Aku mahu kau beri masa untuk aku memikir kan hal ini. Pada mula nya aku memang menolak cinta dari kau. Mungkin aku tak percaya kan pada diri ku ini. Tapi kau dah beri kan aku masa dan peluang untuk aku menerima kau. Akhir nya tanpa segan silu aku juga menerima kau dengan hati ku yang terbuka dan juga seikhlas hati ku. Kau memang gembira kan time tu kerna kau dapat apa yang kau ingin kan selama ini. Aku berharap sangat kau dapat jaga hubungan ni dengan baik untuk kekal kan sampai ke akhir hayat. Memang sukar untuk mempercayai orang. Sehingga sekarang aku masih tertanya2 kenapa kau memilih aku menjadi teman hidup kau? Ada kah aku ni wanita yang kau cari selama ini? Selalu aku tanya soalan ini pada kau. Kenapa kau susah sangat untuk bagi tau aku. Apa mungkin kau ingin kan berahsia dengan aku? Walau macam mana pun aku akan berdoa untuk kebahagiaan aku dan kau. Sekian.........

Sunday, 11 December 2011

Twink ! Twink !

Good afternoon readers!:) I miss you all guys. Hmm, terasa sayu diri aku ni bila berjauhan ngan boyfriend, kawan and tak lama lagi ngan parents aku pulak. Setiap hari2 yg indah, saat2 yg bahagia memang cukup sempurna bagi diri aku ni. Tapi tak sangka pula hari2 yg aku tunggu ni akan berakhir ngan kesebukan pasni. 15 dis aku akan duduk tempat baru, kawan baru, lec baru, kolej baru, segala nya baru laa. Okay, aku nak bagi tau ni lepas ni aku pegi study da kat kolej PTPL shah alam. Aku amik jurusan hotel & katering sebab aku minat and aku nak cuba sesuatu bidang tu. Kalau boleh apa yg aku minat semua aku nak belajar! Hehe. For yanie and siti if korang baca blog aku ni I want talk something to you. Bila korang kat sana nanti belajar lah leklok okay. Aku mintak maaf sesangat if aku tak study kat kedah ngan u all. Sebenar nya aku memang tanak pun study kat sana cuma aku tak bagi tahu korang. Series aku cakap aku tak bape minat course tu. Korang oun tau kan aku tak minat. Aku tanak cakap takut korang nanti fikir apa pulak kan. Sebagai kawan kene lah pandai jaga hati mereka! Hehe:) Macam mana pun lepas ni kita akan kawan jugak walau pun aku berjauhan ngan korang and aku jumpa kawan2 baru kat kolej nanti. Aku tak kan lupa kan kenangan kita walau pun hanya 3 bulan kita bersama ngan melalui detik2 yg paling bahagia, suka, duka bersama.:( So take care lah yee korang kat sana. Ingat lah setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan.:) Ehh2! Jangan nangis pulak tau! Hehe. Now, for Ashraf pulak si hubby gemok aku neh yg gedik2 selalu.:P Bie jangan risau k, hny pandai lah jaga diri nanti kat sana. Rindu tu sudah tentu lah kan! Dont worry mokk, if bie dah beli wc nanti kita wc everyday okay! Hohoho. Kat sana nanti pandai laa jaga diri yep. Kalau boleh bie study laa sampai habis and lagi bagus bila sampai hari konvo. Haa, siti ngan yanie pon sama tau! Satu permintaan hny, bila kita dah berjauhan kasih sayang tak kan pudar, hati ni tetap merah lagi untuk bie.:) Jauh beribu batu sekali mana pun kita mesti bersama. Err, kalau boleh nak sampai ke jinjang pelamin.:D Bie kene pegang janji apa kata2 bie kat hny tu okay. Jangan buat2 lupa pulak! Insyallah kalau hubungan ni kekal, ada jodoh tak ke mana pun. Ingat! Hidup ni bukan untuk enjoy. Thanks yaw bie selama ni bie boleh tahan ngan pangai hny, and boleh terima hny ngan seadanya. Mungkin hny tak lah secantik macam girl yg bie kenal selama ni. Yang penting hati kita ikhlas untuk mencintai insan yg kita sayang. Susah dan senang kita akan lalui semua tu, hidup ni tak ada yg senang pun kan. Hope bie tade laa cari peganti yg lain k. I really love you hubby! Okay laa, sampai di sini jer. Ingat lah pegang pada kesetiaan bukan kerna sifat cemburuan mu, pegang pada janji bukan kerna untuk mungkiri janji pada seseorang, pegang pada keikhlasan bukan kerna sifat kecantikan. Bersyukur lah selagi dia masih menyayangi mu sedalam hati nya. Jangan kerna cinta kita boleh jadi buta.:) Di sebab kan cinta juga kita boleh jadi gila. Berkawan biar beribu, kasih biar satu, setia lah selagi dia masih menyintai mu, jangan sia2 kan perhubungan kita. Jahat mana pun diri kita, hati tetap selembut embun di pagi hari. Hehe! TERjiwang pula. Salam :)

Saturday, 10 December 2011

bUdaK gEmOkK !!

Hey peeps! Gud morning, mata aku masih tak ngantuk lagi. Hehe! Tetiba pulak aku terasa nak menaip pagi2 buta ni kan.:) Aku cuma rindu kan si Ahmad Ashraf Syazwan bin Syamsul.:( Now, aku story kan lah pasal si mamat gemokk tu yep. Hmm, dalam diam2 pun dekat 2 bulan nak masuk 3 bulan hubungan kami ni kan. Tak sangka pulak aku! Walau pun aku berjauhan ngan dia, jarang jumpa n jarang text itu tak bermakna aku or dia akan carik yg lain. Mungkin aku atau dia busy ngan kerja kitorang. Maklum lah bila dah habis school macam2 kita perlu fikir kan. Okay! Firstly, memang susah nak percaya kan lelaki 100% kan n susah nak menemui lelaki yg kita ingin kan slama ni. Susah menemui orang yg betul2 sayang kita, mencintai kita sepenuh hati n memahami hati kita. Biar dia tak handsome, macho, comel. Asal kan hati tu betul2 ikhlas, paras rupa tu tak penting pun. Err, aku pun tak tahu apa yg dia buat kat sana dan sebalik nya pun sama jugak ngan si dia. But I still trust with him! Dalam setiap hubungan harus lah ada kejujuran, kesetiaan, keikhlasan. Fahami hati si dia tak kira lah dia sedang sakit or apa jua keadaan. Hmm, nampak nya si kekasih ni kena pandai ambil hati masing2 laa.:) Orang kata kita ni as girlfriend dia mesti ada di sisi dia. Betul ke?:) Itu sudah pasti lah kan! First time dulu aku kenal dia pun memang susah jugak laa nak percaya kan dia. Hmm, apa tak nya sbelum aku couple ngan dia pun dah di tinggal kan kekasih.:'( (orang yg aku sayang pulak tu). Its okay, aku try slow2 untuk percaya kan Ash, walau pun fikiran aku ni masih mengata kan dia tu 'playboy'. Aku cuba, cuba dan mencuba akhir nya aku dapat jugak percaya kan Ash. Mula2 ingat kan dia nak main kan perasaan aku. Maklum laa girl sbelum ni pun sama jugak jadi mangsa dia. Tapi pas aku kenal Ash ni memang dia bukan jenis lelaki macam tu. Maybe sifat dari segi luaran dia kan, siapa yg tahu.:) Sbenar nya Ash ni memang jujur dalam perhubungan. If dia dah sayang kan someone tu sanggup buat apa saja demi girl. Wahh, memang untung girl yg dapat dia kan! Hehe! Ramai yg cakap Ash tu panas baran sikit. Alah, standard ler tu dah nama pun lelaki, ni baru bujang. Belum lagi dah married! Haha. Jujur aku cakap, aku memang suka ngan cara n pangai dia walau pun kadang2 ada sifat yg tak berapa nak matang. (tapi manja). Ehh2! Kira story sikit laa kan about Ash tu. Hehe! Ash tu memang penyayang walau pun cara dia nampak ganas, sometimes dia tu boleh di kata kan budak ngada2 jugak lah ngan pangai dia yg macam budak2 kenottt! Nak kata romantik boleh laa untuk di bual kan dalam story aku ni kan.:) He is the man I want, I do not expect a man who liked to take advantage of women. This is a good choice with me! Insyallah kalau hubungan aku ngan Ash kekal sampai 7 or 8 tahun akan datang jadi la raja sehari ngan dia.:D Auww! Rasa macam esok pulak aku nak married! Haha. Anywere korang doa kan lah hubungan aku ngan dia kekal sampai bila2. Mungkin banyak halangan dan cabaran akan kita tempuhi untuk hari2 yg akan datang. Siapa yg tahu kan? Insyallah, jodoh di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Allah yg tentu kan. Kalau ada jodoh tak mana pun kita ni.:) Okay laa sampai sini jer aku mampu taip. Wait my next blog okay bebeh! ;)

~ Ahmad Ashraf Syazwan bin Syamsul ~
~ 18 june 1993 ~
~ Made in Kuantan! Haha ~
~ Taken by
Eyna Azlyna!:) ~
~ This boy sometimes crazy, funny, loving, cool. Yeah! I like that! ~
~ Spoiled? Hmm, there is also little. ~
~ Cute? I more CUTE than him ~
~ Talk too much with me. Hayoo! ~
~ I love you fat boy ~

Wednesday, 7 December 2011

Firstly kenal si dia :)

Budak yg aku benci menjadi sayang. Haha! Ni laa dia Ashraf syazwan atau di kenali sebagai Thai. Nama punya sedap Thai jugak laa yg di pilih kan. Mesti u all nak tahu kan sape mamat neh.:) Aku nak story sikit pasal dia kat blog aku ni haa. Now, aku bahagia ngan si dia walau pun pada mula nya aku tak minat ngan mamat ni. Okay, aku start kenal ngan dia bulan july 2011 kat Ipoh,Perak. Firsly aku tengak mamat neh kat kolej aku memang tak seberapa nak suka laa. Hmm, myb sebab perangai dia kot yg aku rasa nyampah sangat2 tu. Yelaa, tengok dia macam ramai sangat girl boleh di kata kan budak laki ni 'playboy'. Tak kisah laa if aku tak kenal ngan dia pun sebab aku tanak! Hehe. Padahal dlm hati nak jugak.;) Biar lah dia nak kata aku apa pun kan, aku tak kisah! Aku pun mula kenal ngan Thai sebagai kawan saja. Hubungan kawan pun semakin lama makin rapat antara aku ngan Thai. Then aku pun secara tak sedar nya aku skandal ngan dia walau pun dia ada girl time tu. Last2 suatu hari tu aku pon t'sangkut jugak ngan mamat ala2 'playboy' ni dalam diam2.:) Never mind! Time aku suka dia pun memang dia ada 'girlfriend'. Okay, mungkin aku tak kan dapat kan si dia.:( Tapi di sebalik nya itu semua hanya khayalan aku saja kan. It's true, he likes me too close dlm diam. Yeahh!:D Akhir nya dia pun mintak couple ngan aku jugak. Mula nya aku memang tanak terima cos aku tahu yg dia tu couple ngan girl lain.:( Aku memang tak caya pun dia dah clash ngan pompan tu. Mungkin ckp dia betul, aku terima jela ngan seadaa nya. Di situ laa hubungan aku ngan dia pun makin akrab sampai laa skang.:) Okay laa, sampai sini saja aku story pasal mamat tu. Next time aku story lg bout dia kat u alls okay.;) Bubyee!

Saya rindukan awak... :'(

Saya rindu kan awak.
Setiap nafas ku ada rindu untuk mu.
Setiap detik saya selalu ingat kat awak. 
Saya selalu ingin kan awak berada di sisi saya.
Cinta awak menghantar bahagia di hati saya.
Membuang segala rasa gundah di hati.
Percaya lah, hanya awak yang memiliki cinta saya.
Awak amat bererti dalam hidup saya.
Saya mahu bersama awak selama nya.
Awak selalu berada di sisi saat saya perlu kan awak.
Saya tak mahu kehilangan awak.
Saya tahu awak tulus menyayangi saya.
Saat-saat bersama awak amat indah bagi saya.
Saya cinta kan awak.
Sayang awak sangat-sangat.
Sayang, awak yang pertama saya sayang. 
Yang mengajar saya erti rindu,
Dan yang paling bererti dalam hidup ini.
Sayang, awak sudah cukup sempurna buat saya.
Sayang saya pada awak tidak pernah akan pudar.
Kerana awak istimewa buat saya.
Cinta yang hadir di jiwa ini sesuci kain putih.
Saya amat mencintai awak sayang.

By Nor Azlina Saliman

Sunday, 4 December 2011

muhd ashraf alias

Muhammad Ashraf bin Alias. Seorang laki yang baik, sopan santun, tak hisap rokok dan juga seorang yang penyayang. Sejak pertama kali mengenali diri nye memang terasa dia tu kaki pompan. Alahai, biase laa kan orang laki zaman skarang ni kan memang mcm tu! Aku tak kesah lah semua tu yang penting aku dapat kenal ngan si dia walau pon aku tengok si dia jenis yang sombong. Okay! Last2 aku pon dapat juga kenal ngan mamat tu and ade num tepon dia. Hehe! Semesti nye lah suka kan bile mamat tu sendiri yang mintak num aku depan2. Yelaa ape tak nye, selama neh aku slalu pikir kan yang acap tu budak yang sombong. Itu sume perasaan seorang manusia saje! Malam tu laa kitorang mesej dan b'kenalan sesama sendiri. Betapa suke nye aku time tu sampai tak t'kata. Haha! Dalam diam2 aku memang suke kat dia, cume aku tanak bagi tahu dia jeh yang aku minat kat mamat poyo tu. Di sebalik nye dia pon same jugak ade feel ngan aku dalam diam.:) Okay! aku pon start couple ngan mamat tu bulan may 2011, memang kami nak kekal sampai bile2 and dia pon dah cakap ngan mama dia yang kitorang nak ikat. Aku pon sanggup dengar kate2 dia walau pon dia bukan laki aku, sanggup berubah demi dia. Hmm, lelaki kalau dah sayang kan sorang gadis sanggup buat ape saje kan untuk di jadi kan teman hidup nye sampai ke akhir hayat. Time aku b'sama ngan dia pon macam2 dugaan, biase lah lumrah hidup kan. Tapi hubungan kami tak kekal sampai ke mane pon.:( Sebab dia dapat tawaran study di melaka, aku pula study di ipoh. Bile masing2 sudah b'jauhan macam2 laa jadi nye, aku pon tak tahu ape yang dia buat kat sane and di sebalik nye dia pon same. 2 bulan hubungan kami boleh b'tahan. Last2 dia sendiri mintak break ngan aku atas punca dia kuat cemburu ngan aku. Itu saje lah alasan yang dia mampu beri kan pade aku. Terasa jugak lah sedih nye kan time tu, tapi aku redha jelah ngan ape yang b'laku kat diri aku ni walau pon aku still sayang kan si dia. Tak tahu laa kalau dia ade pompan lain kat sane. Bile dah b'jauhan, macam2 boleh jadi kan. Okay! Aku terima seadanye, mungkin bukan jodoh aku ngan dia. Sejak situ dia memang tak contact langsung ngan aku! Fine! Asal kan dia bahagia ngan orang t'sayang muhd ashraf alias.:)

Tuesday, 29 November 2011

24 june 2011 di Perak


 Hey guys! Now I want story about 24 june 2011 at Ipoh,Perak. Hari paling aku suke skali coz hari pendaftaran untuk menyambung pengajian aku di Alliance Institute. Biase laa suke sebab dah habis sekolah kan. So, tayah nak bangun pagi lagi. Hehe! :) Hepy dapat jumpe kawan2 baru di situ ngan pelbagai jenis orang dari negeri yg b'lainan aku dpt lihat. Pertama kali nye aku di situ aku mmg dah kenal ngan Siti Zubaidah, orang nye agak ayu laa juga kan nak di banding kan ngan aku ni. Tapi tape, aku ta kesah dpt kawan mcm mane pon, asal kan org tu sudi nak b'kawan ngan aku ni. Sejak hari pendaftaran laa aku kenal lagi seorang kawan yg b'name Fitryani. Orang nye manis juga bile ku lihat lame2 ngan bibir nye yg menawan tu. Haha! Mmg aku tgk semua org sombong smpai naik nyampah aku tgk m'buat kan aku nak jeling ke mate aku ni haa. Kate org tak kenal maka tak cinte. Opss! Betul ke ayat tuh? Selesai saje pendaftaran parents pon meninggal kan anak2 mereka di kolej tu, terasa sedih laa juga bile b'jauhan ngan mereka. "Hidup ni kene laa berdikari, smpai bile nak b'kepit ketiak mak bapak je kan". Bermula dari mlm tu laa masing2 ajak b'sembang untk kenal kan diri antara satu same lain. Biase laa budak baru nak kenal laa kate kan. Time tu malu laa juga sbb nak kenal ngan kawan2 baru kan. Hihi! Mcm mane pon aku open saje ngan dorang walau pon aku ta kenal sesame sndiri. Sejak dari situ laa diri aku ni tade lg kesunyian coz da kenal mereka sume. Sejak itu juga p'jalanan and hidup aku di terus kan ngan hari2 bhgia, suke, duka, sedih dan b'mcm2 lg. Hmm, sorry laa if ade name yg ta di sebut kan. Tapi ta b'mkne aku ta kawan ngan u all, mybe ade sebab2 nye aku ta sebut kan.:) Okay laa, aku malas nak taip panjang lebar lg. I have go, bubyee :*

Monday, 28 November 2011

about me (!) :)

Hye ! Im Nor Azlina binti Saliman . Just call me Eyna okay . :)  My birth at 13 May 1993. Lahir di hospital muar , johor . Now , I stay at puchong , selangor . I like sleeping , eat , chatting , handphone , sing , n snacks .  Anak bongsu dari dua orang adik beradik . So , agak manje laa aku ni kan . HAHA :P  It's okay ! Tak kesah laa korang nak kate aku ni jahat or baik ke . Asal kan aku tak sombong mcm org lain . Yeahh ! Memang aku ni jenis yg banyak cakap 'bak kate org mulut mcm mak nenek' :D  I do not what people want to talk about me (!)  If you hate me ? Boleh blah ko ! Ape pon I am more eager to make friends with anyone . Biar laa jahat dari luaran , jangan jahat di dalaman . ;)